missbakthar

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
aeisHa`B

Photobucket


msbakthar on screen
Aisyah Aziz off screen
own ways with simplicity
i'm a BIG fan of YUNA
owns daddy's DL-150
i love to showcase what i've got

Daily:
tnp.sg
cyberita.asia1.com.sg
facebook.com
tumblr.com
weheartit.com
onsugar.com
twitter.com
blogger.com
junajournal.blogspot.com

Hi & Hugs




Flyin' Kiss
2009.08 2009.09 2009.10 2009.11 2009.12 2010.01 2010.02 2010.03 2010.04 2010.05 2010.06 2010.07 2010.08 2010.09 2010.10 2010.11 2010.12 2011.01 2011.02 2011.03 2011.04 2011.05 2011.10 2011.11 2012.02 2012.04 2012.05 2012.11 2013.07 2014.11



Arigato

Layout: vehemency
Icon: reruntherace

get this badge→



2011-02-09, 10:44 PM

Sejak kebelakangan ini aku asyik berfikir bila masa aku bersendirian di dalam kamar ku. Banyak yang aku fikirkan. Kadang-kadang akan terlintas di fikiran ku kata-kata pujangga yang ku buat sendiri untuk menyedarkan diriku. Bermacam-macam topik yang akan ku fikirkan. Kebanyakkannya adalah tentang kehidupan. Jika aku dalam kesusahan aku akan sentiasa mengikatkan diri aku bahawa Tuhan tidak akan menguji Hamba Nya lebih dari kemampuan Hamba Nya itu sendiri dan jika aku fikir yang diri ini dalam kesusahan yang amat dan hampir berputus asa aku akan mengingatkan diri ini bahawa ada orang yang lebih susah dari ku dan diuji lebih oleh Tuhan. Surah Al-Insyirah akan menjadi teman ku di setiap solat ku dan doa ku. Ia adalah salah satu surah kegemaran ku yang dapat memberi ketenangan kepada diri ini. Dada ku rasa lapang dan tenang dan diri ini akan mula dapat menerima suatu kesusahan itu dengan redha dan rela hati. Aku percaya setiap datangnya kesusahan itu akan datang kesenangan nya juga. Segala ujian kehidupan datang dari Nya yang Maha Esa, berdoa adalah satu-satu nya jalan untuk meminta kepada Nya. Ia harus juga diiringi dengan usaha, sabar dan hati yang cekal. Surah Yassin adalah salah satu surah kegemaran ku yang dapat meredahkan kemarahan, kesedihan, kerunsingan yang dialami. Ia juga salah satu cara untuk meminta perlindungan dari Nya. Kesedaran diri juga penting untuk menjauhkan diri dari riak kerana riak adalah sesuatu yang boleh menjatuhkan diri sendiri dalam apa juah sekali pun. Kesedaran diri juga boleh mendekatkan diri kita dengan Nya yang Maha Pengasih dan Penyayang. Aku sedar akan diri ini yang penuh dengan dosa dan hamba yang hina, sesungguhnya dengan cara ini aku dapat bertaubat pada Nya dan mohon keampunan yang tak terhingga mudah-mudahan dosa-dosa ku diampuni Nya dan terima taubat ku. Jangan pernah lokek dengan doa. Doa ku untuk yang tersayang dan yang tercinta tidak akan ku lupa. Mudah-mudahan doa-doaku dapat dimakbulkan oleh Nya. Insyaalah yang terbaik untuk yang terbaik.

Labels: